R&D ke arah pembangunan holistik perikanan

- Advertisement -

PAGI ini mewakili YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan merasmikan Webinar Penyelidikan Perikanan yang bertemakan ‘Realisasi R&D ke Arah Pembangunan Holistik Perikanan’.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui 10 buah Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) di seluruh negara telah berperanan dalam merancang strategi penyelidikan, membangunkan teknologi dan menyediakan maklumat saintifik dalam sektor perikanan.

- Advertisement -

Antara tumpuan penyelidikan yang boleh diberikan dalam meningkatkan daya saing sektor perikanan negara secara umumnya adalah:

1. Memantapkan sistem pengurusan sumber perikanan dengan teknologi terkini seperti peningkatan sistem Fisheries Site Identification, pengurusan data dan MCS (Monitoring, Control and Surveillance) dan e-bidding;

2. Menumpukan kepada asimilasi teknologi yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh seperti penggunaan mekanisasi, Artificial Inteligence (AI) dan Internet of Things (IOT) selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0); dan

3. Menumpukan kajian kepada ternakan super intensif yang mampan dan berdaya maju

Diharap, melalui seminar pada pagi ini, info-info mengenai pencapaian dan hasil kajian FRI dapat disebarluaskan di samping dapat dimanfaatkan oleh pihak berkepentingan dan pemain industri.

DATO’ CHE ABDULLAH MAT NAWI
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II – HARAKAHDAILY 27/5/2021

- Advertisement -