UMT sokong MOSTI modenkan industri perikanan

- Advertisement -

MENERIMA jemputan makan malam bersama Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dato Dr. Nor Aieni Mokhtar di Paya Bunga Hotel. 

Turut bersama Profesor Dr. Mazlan Abd. Ghaffar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), Profesor Dr. Fauziah Abu Hasan, Pro Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat Dan Jaringan Industri), Dr. Mohd Fazrul Hisam Abd Aziz, Fakulti Perikanan dan Sains Makanan dan Prof. Madya Ir. Dr. Eng. Ahmad Fitriadhy, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik.

Pertemuan santai selama sejam ini membincangkan pelbagai perkara terutamanya berkaitan sektor maritim dan teknologi bagi membantu sektor maritim.

- Advertisement -

Di bawah UMT, banyak program dan kajian yang telah dijalankan berkaitan sains maritim seperti Institute Oceanography and Environment (INOS) dan Akuatrop.

Saya sempat mengutarakan hasrat Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui MOSTI mengenai pelan jangka panjang bagi projek berkaitan vessel penangkapan ikan dan ‘National Boat for Fisheries’.

Projek ini berpaksikan teknologi-teknologi terkini bagi keseluruhan pembuatan bot yang bertujuan meningkatkan hasil pendapatan para nelayan sekali gus memudahkan pekerjaan mereka.

UMT juga menyambut baik peranan MOSTI membantu memodenkan industri perikanan dan menyuarakan hasrat untuk menyumbang kepakaran.

“Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat”

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – HARAKAHDAILY 10/8/2020

- Advertisement -