Purnama hilang ahli istiqamah berjuang

- Advertisement -

KOTA BHARU: Isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid merakam ucapan takziah kepada anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Hanifa Ahmad di atas kematian isterinya allahyarham Datin Zaharah Rosminah Amaluddin.

Menurut Zabedah, pemergian allahyarham satu kehilangan besar kepada perjuangan PAS dan Badan Kebajikan Isteri Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama) memandangkan allahyarham seorang yang aktif dan istiqamah dalam perjuangan.

- Advertisement -

Menurutnya, semoga allahyarham mendapat rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT.

“Saya selaku Pengerusi Purnama mengucapkan takziah kepada Dato’ Hanifa dan keluarga. Semoga Dato’ Hanifa tabah menghadapi ujian kehilangan insan yang tersayang,” ujarnya di sini.

Arwah Zaharah Rosminah merupakan anak kepada pengasas PAS di Pasir Mas iaitu Amaluddin Darus, meninggal dunia pagi semalam selepas lama menderita kanser paru-paru.

Siti Zabedah berkata, arwah sentiasa peka terhadap masalah rakyat serta aktif bersama Purnama turun padang menemui rakyat.

“Kami juga rasa bersyukur kerana sempat menziarahi arwah beberapa bulan lalu untuk bertanya khabar tentang kesihatannya,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 26/5/2021

- Advertisement -