Doa untuk Palestin: Palestin, Nakba dan kita

- Advertisement -

15 MEI: Hari Nakba. Hari Kehancuran bagi Palestin. Hari maruah umat Islam seluruh dunia diinjak-injak yang terus tidak tertebus sampai kini. Pada 15 Mei 1948, tertegaknya negara haram Israel di tanah yang dirampas daripada hak penduduk Palestin. Sudah 71 tahun namun ini bukan sejarah kerana peristiwa ini masih berlangsung. Itu hanya permulaan.

Inilah juga harinya disebut sebagai kemerdekaan negara Laknatullah Israel. Akhirnya impian Theodore Herzl jadi kenyataan setelah Sultan Abdul Hamid II menolak permintaannya untuk bina penempatan Yahudi dalam wilayah Turki.

- Advertisement -

Titah baginda: “Waima kamu cincang aku lumat, seinci pun tidak akan ku beri kerana tanah ini bukan milik aku tapi milik rakyatku dan seluruh orang Islam!”

Sejak itu Herzel mengatur strategi yang disusun rapi termasuk melahirkan watak Mustaffa Kamal Ataturk kononnya sebagai wira nasional Turki. Walhal Ataturk sebenarnya adalah watak ciptaan daripada anak luar nikah malam Pesta Kambing masyarakat Yahudi Dunama (Yahudi yang berpura-pura patuh pada Islam di Salonika). 

Bersama British, Zionis mengatur satu persatu ‘tangga kejayaan’ Ataturk dalam peperangan termasuk British berpura-pura kalah untuk melahirkan hero pseudo itu bagi mempengaruhi rakyat Turki untuk menerimanya sebagai wira negara.

Apabila semakin berpengaruh, Ataturk atas nama ketua tentera melarang Sultan Abdul Hamid keluar dari istana waima untuk bersolat Jumaat. Ketika itulah si Laknatullah itu mengupah orang membakar al-Quran dan mencaci Islam di pusat bandar kononnya atas perintah sultan. Dalam khutbah Jumaat, khatib diarah untuk mempengaruhi masyarakat menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II yang kononnya sudah tidak lagi berpegang pada ajaran Islam. 

Akhirnya Ataturk melantik dirinya sebagai pemerintah. Sultan dan seluruh keluarga ditahan di sebuah rumah lama dalam keadaan serba kekurangan hingga akhirnya baginda mangkat akibat penyakit. Sultan pernah merayu untuk dibenarkan keluar bagi menjual segala harta bagi mendapat biaya merawat penyakitnya tapi tak dibenarkan oleh rejim laknat itu.

Lord Balfour, Menteri Luar British memberi pilihan kepada Zionis untuk membawa orang Yahudi yang ketika itu bertebaran di serata Eropah dan menjejaskan masyarakat di sana mahu berpindah ke Argentina, Uganda atau Palestin.

Mereka memilih Palestin untuk dikaitkan konon sebagai The Promises Land yang dijanjikan oleh Tuhan untuk mereka. Pada 1917, menerusi Balfour Declaration British mengisytiharkan sokongan untuk Zionis mendirikan negara Israel di tapak negara Palestin.

Ketika usaha membawa masuk orang Yahudi dari luar ke tanah Palestin, bukan semua orang Yahudi mahu berpindah. Masyarakat Yahudi Iraq antara yang menolak atas alasan tiada sebab untuk mereka berpindah kerana telah hidup aman damai dengan masyarakat Arab. Zionis tidak terima alasan itu lalu Komando Irgun yang diketuai oleh Menahem Begin yang kemudian jadi Perdana Menteri Israel telah menyerang dan mengebom rumah penduduk Yahudi Iraq.

Orang Yahudi yang ada di Palestin hari ini bukannya daripada keturunan 12 suku Yahudi seperti yang didakwa. Mereka adalah manusia ‘unknown’ daripada keturunan yang bercampur darah dengan hanya sedikit susur galur Yahudi yang sebelum ini bertebaran di Eropah, Russia, Australia, Afrika Utara dan Amerika.

Hanya mereka yang tamak untuk mendapat tanah dan harta yang dirampas daripada pemilik sebenar yang kini telah dihimpit dalam lingkungan tembok penjara besar di Gaza. Kalau PBB itu adil sebagaimana propa dengan Rome Statutenya, mengapa jadi begitu?

MUHAMAD MAT YAKIM – HARAKAHDAILY 19/5/2021

- Advertisement -