Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB lambat bertindak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia meluah perasa kecewa terhadap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana gagal mengutuk tindakan ganas Israel ke atas rakyat Palestin supaya dihentikan segera.

Menteri Luar Dato’ Seri Hishamuddin Hussien berkata, pada minggu ini sudah tiga kali Majlis Keselamatan United Nations bersidang.

Namun kata beliau malangnya satu kenyataan belum dikeluarkan mengenai situasi semasa di Palestin.

- Advertisement -

“Untuk itu Malaysia menyaran Majlis Keselamatan PBB melaksanakan segera dengan memikul tugas yang termaktub di bawah Piagam PBB.

“Majlis Keselamatan PBB hendaklah tegas dan bersatu suara serta bertindak pantas terhadap siri serangan oleh regim Israel,” katanya pada satu kenyataan di sini.

Dan paling penting kata beliau Majlis Keselamatan PBB perlu mengkaji semula cadangan mengenai penempatan pasukan bersenjata PBB atau pemerhati tidak bersenjata bagi meningkatkan perlindungan ke atas rakyat Palestin.

Sebelum ini Malaysia, Negara Brunei Darussalam dan Indonesia mendesak Perhimpunan Agung PBB segera mengadakan Sesi Khas bagi menghentikan kekejaman dan penjajahan Israel di Palestin.

Seluruh dunia kini mengecam keras pencebohan kejam zionis Yahudi ke atas penempatan penduduk Islam di Gaza sehingga menyebabkan banyak nyawa melayang. – HARAKAHDAILY 17/5/2021

- Advertisement -