Musuh hasut rakyat, pertikai kerajaan laksana PKP

- Advertisement -

TUMPAT: Rakyat diingat tidak terjebak dengan dakyah musuh yang tidak pernah berhenti menghasut orang ramai termasuk berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, berkata mereka akan mengguna media masa mengecam kerajaan berikutan pelaksanaan itu.

Katanya, mereka menghasut rakyat dengan mendakwa kerajaan tidak tetap pendirian kerana sering berubah-ubah dalam keputusan berkaitan pandemik Covid-19.

- Advertisement -

“Apa yang kerajaan usahakan untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang semakin merisaukan di negara ini khususnya Kelantan.

“Perubahan yang dilakukan kerajaan sama ada dalam PKP, PKPB atau seumpamanya bersandarkan perkembangan semasa yang sering berubah-ubah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tumpat

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada penghulu dan guru-guru Pasti di Pusat Khidmat Parlimen Tumpat dekat sini, hari ini.

Katanya mereka memburukkan kerajaan kerana melaksanakan prosedur operasi standard (SOP), sedangkan apa yang dilakukan untuk mengekang kemaraan Covid-19.

Beliau memberitahu, rakyat akan berasa seperti tidak betul apa yang kerajaan buat sekiranya terpedaya dengan dakyah pihak musuh.

“Bila kita buat PKP mereka persoal kenapa buat, jika tak buat mereka juga akan persoal kenapa tidak buat dan sebagainya,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu, Adun Wakaf Bharu, Muhd Rusli Abdullah, Adun Kelaboran Mohd Adanan Hassan dan Adun Pengkalan Kubor, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat. – HARAKAHDAILY 12/5/2021

- Advertisement -