PASRelief ajak umat Islam selamat Al-Quds

KOTA BHARU: Umat Islam di Al-Quds, Palestin memerlukan keperluan drastik termasuk kelengkapan klinik Al-Aqsa untuk merawat ribuan yang cedera akibat tindakan ganas tentera zionis baru-baru ini.

PASRelief berkata bantuan kewangan untuk mereka datang dari luar Al-Quds demi mempertahankan bumi tersebut dengan batang tubuh mereka serta bantuan kecemasan untuk penduduk yang ditangkap tentera penjajah bagi membayar kos guaman.

Advertisement

Katanya ada dua insiden besar yang sedang berlaku di Kota Al-Quds sekarang iaitu pengusiran penduduk yang hadir menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa dengan penuh kekerasan dan keganasan.

“Selain itu insiden pengusiran penduduk yang tinggal selama berpuluh tahun di perkampungan Syeikh Al-Jarrah di Al-Quds.

“Sumber di Palestin memaklumkan dana yang dikumpul tidak mencukupi untuk membantu mereka. Ayuh bersama-sama hulurkan bantuan anda kepada Tabung Kemanusiaan PASRelief untuk disalurkan kepada saudara-saudara kita di Gaza,” katanya di laman sosialnya hari ini.

Menurut PASRelief umat Islam di seluruh dunia usah biarkan saudara-saudara seagama di sana dipijak sesuka hati oleh tentera-tentera zionis yang tidak berperikemanusiaan

Oleh itu NGO itu mengajak orang ramai menghulur sumbangan melalui Scan QRPay atau Maybank Islamic: atas nama TABUNG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA 564070611352 PASRELIEF – 564070612333. – HARAKAHDAILY 12/5/2021