PAS Sg Lembing dan Lepar rai anak yatim, fakir miskin

- Advertisement -

PAYA BESAR: Jabatan Pilihan Raya DUN (JPRD) PAS Sungai Lembing telah mengadakan Shopping Raya bagi meraikan 31 orang anak-anak yatim di sebuah pasaraya di sini, semalam.

- Advertisement -

Pengarah JPRD PAS Sungai Lembing, Dr Zulkefli Mohamad berkata program ini adalah untuk berkongsi kegembiraan bersama anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan

“Terutama untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Walaupun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PAS Sungai Lembing dapat menyediakan peruntukkan sebanyak RM100 seorang penerima yang berjumlah lebih RM3,000.

“Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat kita sama-sama berkongsi kegembiraan dengan mereka,” ujar beliau yang mengetuai sumbangan kebajikan tersebut bagi DUN Sungai Lembing.

Sementara itu di DUN Lepar, HalWa JPRD PAS DUN Lepar telah menganjurkan program edaran barangan keperluan harian di empat Cawangan yang terlibat iaitu Mahkota Aman, Taman Tunas Mahkota, Sri Fajar dan Lepar Hilir, di sini.

Menurut Ahli Jawatankuasa HalWa JPRD DUN Lepar, Sharifah Radziah Syed Ali, edaran mensasarkan 70 orang penerima itu adalah lanjutan siri-siri pengagihan sumbangan kepada golongan fakir miskin.

“Gerak kerja HalWa DUN Lepar sentiasa mengutama rasa kepedulian terhadap golongan yang memerlukan dan mengajar erti penghargaan,” ujar Sharifah yang juga Ketua Muslimat PAS Cawangan Lepar Hilir.

Edaran melibatkan kit Ramadan, sumbangan barang keperluan harian, sumbangan kit ibadah, alat sokongan untuk pesakit dan pelbagai barangan keperluan yang menelan kos RM2,500 untuk DUN Lepar.

Menurut Setiausaha Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Paya Besar, Fitri Abdullah, gerak kerja kebajikan melibatkan 3 DUN ini dikelolakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Panching dan JPRD DUN yang terlibat.

Fitri yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Pahang turut bersama-sama dengan Timbalan Yang Dipertua PAS Paya Besar, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok bagi meraikan program tersebut. – HARAKAHDAILY 11/5/2021

- Advertisement -