Kit Syawal hubungkan PAS Temerloh dan warga tiga DUN

- Advertisement -

TEMERLOH: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Temerloh telah mengadakan sumbangan Kit Syawal di tiga DUN iaitu Kuala Semantan, Mentakab dan Lanchang, di sini 8 Mei lalu hingga semalam.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Temerloh, Md Jusoh Darus memimpin langsung program ini bersama Pengerusi LKK PAS Temerloh, Siti Baksa Mahidin mengadakan kunjung ziarah kasih sayang kepada golongan asnaf.

Mereka yang terdiri daripada ibu tunggal, pesakit kronik dan orang kelainan upaya (OKU) itu telah menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur dan juga kuih raya untuk Aidil Fitri beberapa hari lagi.

Selain sebagai meringankan beban mereka berikutan situasi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia juga agar dapat menceriakan mereka untuk menyambut hari lebaran seperti umat Islam lain.

Turut bersama menjayakan program ini adalah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin dan Timbalan serta Naib Yang Dipertua PAS Temerloh, Hasanuddin Salim dan Hassan Omar.

“Apabila kita turun ke akar umbi itu kita dapat melihat sendiri betapa ramai lagi ahli masyarakat kita berada dalam keadaan yang daif dan menyayatkan hati.

“Insya-Allah pada tahun-tahun akan datang PAS Temerloh akan meneruskan lagi tradisi ini supaya dapat mengeratkan hubungan pemimpin dengan masyarakat,” ujar Siti Baksa. – HARAKAHDAILY 11/5/2021

- Advertisement -