Exco nafi anak pemimpin bawa virus Afrika Selatan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menafikan berita tular di media sosial yang mendakwa virus varian Afrika Selatan B.1.351 di Kelantan berpunca anak seorang pemimpin di negeri itu.

Anggota Exco kerajaan negeri Dr Izani Husin berkata, dakwaan yang ditular itu tidak benar, di mana cuba mengaitkan anak seorang pemimpin di Kelantan sehingga mencetus Kluster Bunut Sarang Burung.

“Dakwaan itu adalah tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar berhenti berkongsi mesej tersebut,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan hari ini.

- Advertisement -

Baru-baru ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilapor memberitahu varian Afrika Selatan B.1.351 dibawa seorang pelajar pelajar 16 tahun setelah menghadiri kenduri di Lembah Klang.

Menurutnya jangkitan itu menyebabkan wujudnya Kluster Kampung Bunut Sarang Burung, Tumpat.

Ahad lalu tular di media anak seorang pemimpin yang pulang dari Afrika Selatan didakwa ada kaitan membawa virus tersebut.

Malah semalam Ahli Parlimen Bachok Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan anaknya membawa virus Afrika Selatan sehingga mencetuskan kluster Bunut Sarang Burung.

Menurut beliau anaknya berusia 26 tahun belajar di Afrika Selatan dan pulang ke Kelantan 5 April lalu, namun selepas selesai menjalani kuarantin wajib selama 10 hari di Kuala Lumpur.

Malah Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan varian tersebut menjangkiti seorang remaja berusia 16 tahun sehingga mencetuskan kluster Bunut Sarang Burung. – HARAKAHDAILY 11/5/2021

- Advertisement -