Muslimat Raub tuai hasil projek tanaman serai

- Advertisement -

RAUB: Meskipun telah dilanda gelombang banjir besar dan berterusan dengan pandemik COVID-19  hingga hari ini, namun Muslimat PAS Kawasan Raub tidak membiarkan ujian Tuhan itu melemahkan langkah juang mereka.

- Advertisement -

Ketua Dewan Muslimat PAS Raub, Habidah Saleh beserta Ahli Jawatankuasanya telah membuktikan, aktiviti masih tetap diteruskan mengikut lajnah masing-masing dalam mengendali tanggungjawab yang dipikul.

Hari ini, Ahli-ahli Jawatankuasa Lajnah Ekonomi Muslimat PAS Raub ‘berbudi kepada tanah’ telah berjaya menuai hasil usaha mereka dari projek tanaman serai yang telah mula diusahakan pada awal tahun lepas lagi.

Projek ini diusahakan sebagai satu inisiatif untuk menambah sumber kewangan yang dijayakan di atas sebidang tanah terbiar milik salah seorang Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Raub, Haslina Hassan.

Tanah berkenaan terletak di Kampung Melayu Sempalit Raub, tidak jauh dari bandar Raub sendiri.

Menurut Habidah serai-serai yang telah dituai dan dibersihkan dihantar ke Pasar Besar Raub, selain ditawarkan juga secara langsung kepada sahabat-sahabat yang memerlukan. 

Kebetulan pula untuk kegunaan masak-memasak sempena menyambut perayaaan hari raya Aidil Fitri yang semakin hampir tiba di mana tidak kurang sedikit menu-menu memerlukan penggunaan serai, sekali gus membantu merancakkan lagi proses  memasarkannya.

Sebagai perancancangan selanjutnya, Pengerusi Lajnah Ekonomi Muslimat PAS Raub, Rabitah Muhd Mokhtar memberitahu, projek  tanaman serai ini akan diteruskan dan tanaman kunyit pula akan menyusul.

Menurut Habidah, beliau sangat berpuas hati dengan pencapaian dan usaha yang dilaksanakan didalam projek penanaman serai ini.

“Ianya sesuatu yang sangat memberansangkan dan memberi infak baru di dalam organisasi. Syukur kerana idea dicetuskan ini telah berjaya mengeluarkan hasil yang baik,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/5/2021

- Advertisement -