Tabung Covid-19: MRC serah sumbangan RM20 juta

Foto daripada Facebook Mohd Redzuan Yusof.
- Advertisement -

PUTRAJAYA: Majlis Getah Malaysia (MRC) hari ini menyerahkan sumbangan RM20 juta untuk Tabung Covid-19 kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Cek sumbangan Tabung Covid-19 itu diserahkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof pada satu majlis di sini.

- Advertisement -

Ketua Pegawai Eksekutif MRC Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata MRC, sebuah agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, komited untuk bersama dalam usaha kerajaan membantu ekonomi dan rakyat yang terjejas ekoran wabak Covid-19.

“Ini selaras dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh industri getah pada tahun lepas  terutamanya  dalam industri sarung tangan getah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan MRC.

Tabung Covid-19 dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Mac 2020 untuk memberikan pelbagai bentuk bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dalam memerangi wabak tersebut serta membiayai langkah-langkah untuk membendung penyebaran virus itu. Dana itu dikendalikan oleh Nadma. – BERNAMA

- Advertisement -