Ustaz Rosli setiap bulan agih bantuan kepada asnaf

- Advertisement -

KUANTAN: ADUN Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabar yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang telah mengadakan ziarah dan penyerahan kit Aidil Fitri kepada 52 keluarga asnaf di Tanah Putih Barat, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program anjuran PAS Kawasan Kuantan ini merupakan aktiviti bulanan menerusi bantuan khas dalam menyantuni warga kurang bernasib baik agar turut sama merasai kegembiraan kemenangan Syawal.

Bersama pasukan ziarah Pejabat ADUN Tanjung Lumpur, program ini  turut disertai sama oleh Setiausaha Pemuda PAS Kuantan, Wan Razali Wan Nor bertemu para penduduk mengagihkan sumbangan tersebut.

“Program ini adalah bantuan secara bulanan di sekitar DUN Tanjung Lumpur dan semoga ianya akan terus dapat dilaksanakan secara konsisten bagi meringankan beban warga asnaf berkenaan,” ujar Wan Razali.

Komitmen Pejabat ADUN Tanjung Lumpur dan PAS Kuantan ini adalah satu usaha meringankan beban warga penduduk pinggir bandar dalam kalangan asnaf itu berikutan masalah hidup dihadapi.

Pemberian tersebut ternyata mengukir senyuman di wajah para penerima yang turut terkesan dengan pandemik COVID-19 ketika ini tambahan daerah ini telah diisytihar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Para dermawan dialu-alukan menyokong usaha ini menerusi sumbangan ke akaun Maybank 5562 2640 2359 atas nama Dana Kebajikan Rakyat DUN Tanjung Lumpur. – HARAKAHDAILY 10/5/2021

- Advertisement -