Yapeim belanja RM1.4 juta untuk sumbangan Aidilfitri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sejumlah RM1.4 juta telah dibelanjakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) bagi perbelanjaan pelbagai kategori termasuk memberi sumbangan kepada anak yatim menjelang perayaan Aidilfitri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Ahmad Marzuk Shaary berkata, program dan sumbangan yang telah dilaksanakan itu merupakan inisiatif untuk membantu meringankan beban golongan terlibat.

- Advertisement -

Selain itu katanya, ia juga merupakan sebahagian daripada program kebajikan bagi menyantuni masyarakat terutama anak-anak yatim.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas Program Inspirasi Qaseh Raya YaPIEM dan Sumbangan Anak Yatim Parlimen Pengkalan Chepa, petang semalam.

“Dan hari ini kita bersama dengan agensi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia telah menyampaikan sumbangan duit raya dan juga ada daripada Pustaka Ummah Malaysia turut memberi sumbangan.

“Hari ini Yapiem memberi kepada setiap anak yatim sebanyak RM100 dan sebanyak sejumlah RM11,000 telah dibelanjakan untuk sebanyak empat buah tempat yang telah disampaikan.

“Ini sebahagian program kebajikan yang kita santuni masyarakt yang sangat kita rasa sayu dan hiba bila tiba musim raya ini di kalangan anak-anak yatim kerana raya pun mereka di sini kalau orang lain boleh balik kampung tetapi mereka tetap bersama rakan-rakan di sini,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/5/2021

- Advertisement -