Tradisi Ramadan Pemuda PAS santuni warga

- Advertisement -

JERANTUT: Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerantut terus menyemarakkan penghayatan Ramadan apabila mengadakan dua program iaitu edaran bubur lambuk dan singgah sahur di Bandar Jerantut, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Jerantut, Mhd Nu’man Almuqarrin Mhd Khairuddin memimpin usaha memasyarakatkan PAS dengan menyantuni warga penduduk di Pasaraya Econsave dan Bazar Ramadan, di sini.

Dalam memesrai masyarakat setempat itu, sebanyak 100 bungkus bubur lambuk telah diperuntukkan dan diedarkan kepada orang ramai pengunjung yang membeli keperluan di kedua-dua premis tersebut.

Manakala program singgah sahur yang merupakan penghargaan kepada petugas kerajaan bagi giliran malam itu turut disertai Yang Dipertua PAS Jerantut, Ustaz Yohanis Ahmad dan ADUN Damak, Ustaz Zuridan Mohd Daud.

Juadah sebanyak 80 bungkusan nasi berlauk ini diberikan kepada para pengawal keselamatan, kakitangan hospital, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan juga pekerja stesen minyak sekitar bandar ini.

“Dengan adanya program seperti ini, dapatlah kami dari Dewan Pemuda PAS mendekati dan menyantuni orang ramai di lapangan dan bagi Singgah sahur pula, kami dapat menghargai jasa pengorbanan pekerja yang berkhidmat pada shif malam.

“Selain itu dengan program ini kami juga, kita boleh melakukan amal jariah dengan memberi makanan kepada orang lain di bulan ramadan yang mulia ini,” kata Nu’man. – HARAKAHDAILY 9/5/2021

- Advertisement -