LPN Kota Raja santuni 6 keluarga

KUALA LUMPUR: Ziarah Prihatin Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kota Raja santuni 6 keluarga bagi membantu mereka yang memerlukan membuat persiapan Aidil Fitri.

Advertisement

Antara bentuk sumbangan yang diagihkan adalah keperluan makanan asas dan sejumlah wang tunai.

Turut hadir dalam Ziarah Prihatin LPN Kota Raja adalah Ketua LPN, Rosnah Abd Wahab serta YDP PAS Kawasan Kota Raja, Mohamed Diah Baharun.

Menurut Pengerusi Program, Rosmah Ahmad, mereka yang dibantu merupakan golongan yang kurang bernasib baik yang juga terdiri dari golongan mualaf.

“Harapan LPN semoga ianya dapat meringankan sedikit bebanan mereka dalam menyambut Eidul Fitri yang bakal menjelang nanti.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada YDP PAS Kawasan Kota Raja dan Ahli Jawatankuasa LPN serta para penyumbang,” ujarnya pada Sabtu. – HARAKAHDAILY 2/5/2021