PAS Kedah batal semua program di lima daerah PKP

- Advertisement -

ALOR SETAR: Semua program anjuran PAS Kedah dibatalkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan semalam.

- Advertisement -

Pembatalan itu melibatkan di lima daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baru yang dikenakan PKP bermula 1 hingga 14 Mei ini.

Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad dalam kenyataannya berkata, arahan itu juga termasuk Program Semarak Kasih Ramadan yang dijadual di kawasan yang berada di daerah terlibat.

“Oleh itu semua ahli PAS yang berada di daerah terbabit hendaklah mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berwajib,” ujarnya.

Oleh itu beliau menyarankan agar semua pihak mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk bermunajat memohon agar pandemik Covid-19 ini segera berakhir.

“Marilah kita bersama-samalah menggunakan kesempatan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini untuk bermunajat memohon Allah SWT mengangkat segera pandemik Covid-19 di negara ini,” katanya.

Pada Jumaat, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan lima daerah di Kedah dikenakan PKP ekoran berlakunya peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak.

Dilaporkan dalam tempoh 14 hari sehingga 29 April lalu, sebanyak 709 kes positif dikenalpasti di mana sebahagiannya melibatkan institusi pendidikan di Kota Setar dan Baling. – HARAKAHDAILY 2/5/2021

.

- Advertisement -