Jelajah Ramadan Ustaz Zuridan sampai ke Pekan Damak

- Advertisement -

JERANTUT: Pusat Khidmat DUN Damak telah menganjurkan program ‘Raikan Nikmat Ramadan Bersama’ bagi menyampaikan sumbangan sempena Ramadan di Dewan Taman Sri Damak, Pekan Damak, di sini semalam.

ADUN Damak, Ustaz Zuridan Mohd Daud menyempurnakan perasmian program yang turut dihadiri Penghulu Mukim Ulu Cheka, Khairul Akhma Yusof dan para pimpinan masyarakat serta komuniti setempat.

- Advertisement -

Pada program yang dijayakan sama oleh PAS Cawangan Kampung Damak ini, seramai 39 penerima telah disampaikan sumbangan kepada mereka berupa barangan dapur dan kewangan bagi keluarga memerlukan.

Mereka adalah terdiri daripada para penduduk dari Kampung Perlok, Kampung Ulu Cheka, Kampung Koi, Kampung Sempadan, Kampung Batu Balai dan beberapa lagi.

Ustaz Zuridan dalam ucapannya berharap sumbangan itu memberi kesan positif kepada penerima dan menyampaikan hasrat para penderma untuk berkongsi rezeki dengan golongan kurang berkemampuan.

Jelasnya, majlis ini dilaksanakan bertujuan menggembirakan hati golongan yang diuji dan kesempitan hidup, kerja tidak menentu, sakit berpanjangan, dugaan kemiskinan dan sebagainya.

Maklum beliau juga, program ini adalah siri keempat selepas siri pertama di Balai Raya Simpang Tebing Tinggi dan siri kedua di Masjid Baharu Jerantut, serta siri ketiga di Dewan Tun Teja.

“Harapan saya dengan menyampaikan bantuan dan kewangan ini akan meringankan sedikit bebanan ditanggung para penerima,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 30/4/2021

- Advertisement -