Perlu mekanisme efisien tangani kenaikan harga barang

- Advertisement -

SAYA menggesa pihak kerajaan agar lebih serius dalam menangani isu kenaikan harga barangan pengguna seperti ayam, ikan, daging dan sayur-sayuran yang dilaporkan telah meningkat secara mendadak.

Walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melaksanakan Skim Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 pada 21 April yang lalu, kerajaan juga wajar memikirkan suatu mekanisma yang efisien sebagai jalan penyelesaian kepada kos penternakan yang turut meningkat.

- Advertisement -

Kerajaan perlu lebih tegas dan mengawal harga barangan pada setiap rantaian bekalan supaya tindakan mengenakan harga maksimum tidak terbeban kepada satu-satu pihak sahaja.

Justeru, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan membuat pemantauan dan pemerkasaan secara menyeluruh bermula dari pembekal dan pemborong sehinggalah kepada peniaga yang terakhir. Tindakan ini memerlukan usaha yang berterusan dan pihak Kementerian untuk turun padang agar solusi terbaik dapat dihasilkan demi kepentingan semua pihak. 

Selain itu, amaran dan hukuman setimpal juga wajar dilaksanakan kepada pelaku yang tidak bertanggungjawab agar menjadi pengajaran yang berguna kepada orang lain terutamanya ketika rakyat dan negara ini masih dalam fasa meningkatkan taraf ekonomi masing-masing. 

Terima kasih. 

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

YB SENATOR USTAZ HAJI IDRIS AHMAD
Ahli Dewan Negara
Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) – HARAKAHDAILY 27/4/2021

- Advertisement -