Masyarakat dunia diseru bersedia pandemik seterusnya

- Advertisement -

NEW YORK: Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Linda Thomas-Greenfield pada Isnin menggesa masyarakat antarabangsa untuk bersiap sedia menghadapi pandemik berikutnya.

- Advertisement -

Thomas-Greenfield bercakap pada pertemuan maya tertutup PBB, yang dihoskan bersama oleh AS, Jepun, Norway dan Afrika Selatan, mengenai kesediaan dan tindak balas pandemik, menurut Sputnik.

“Sangat jelas pada tahun lalu: seluruh dunia tidak bersedia menghadapi pandemik ini. Kita mesti bersedia untuk yang seterusnya,” kata Thomas-Greenfield.

Duta besar itu mengatakan para pemimpin dunia perlu menangani isu-isu, termasuk mewujudkan pembiayaan keselamatan kesihatan yang berkesinambungan, melaksanakan mekanisme pertanggungjawaban untuk pengawasan dan mengenal pasti pencetus peningkatan kes yang mungkin menyebabkan penularan yang pantas ketika pandemik berikutnya melanda.

Thomas-Greenfield juga mengatakan AS akan turut serta dalam pertemuan peringkat tinggi pada hujung minggu ini untuk membincangkan mengenai rintangan antimikrob itu, untuk menerima pakai tindakan terbaharu. – BERNAMA

- Advertisement -