Sumbangan Kasih Ramadan tanda kasih rai Syawal

- Advertisement -

BUKIT GANTANG: Kemuliaan Ramadan diraikan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif berkebajikan menerusi penyampaian bantuan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan.

- Advertisement -

Inisiatif itu telah dilaksanakan menerusi agihan bantuan penduduk di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang.

Lajnah Kebajikan PAS Bukit Gantang dengan kerjasama PAS Kawasan dan Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Gantang berjaya meneruskan agenda kebajikan menerusi penganjuran Program Sumbangan Kasih Ramadan.

Program ini telah dilaksanakan pada 12 April 2021 dan berakhir pada 22 April yang lalu dilakukan secara berperingkat di lokasi yang terpilih melalui DUN Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong.

Hampir 728 asnaf dan 148 anak yatim menerima bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan dapur.

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Ustaz Idris Ahmad dan YDP PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman .

Usaha tersebut selain mengerat silaturahim, juga sebagai kecaknaan terhadap hal ehwal kebajikan golongan tersebut di samping dapat meringankan beban keluarga masing-masing meraikan Syawal. – HARAKAHDAILY 24/4/2021

- Advertisement -