Provokasi terhadap Islam semakin menjadi-jadi

- Advertisement -

ISU iklan judi meletup di ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa. Sebelumnya berlaku isu majikan balun dan dera pekerja kerana berpuasa. Terdahulu daripada itu isu Sugarbaby. Semuanya ini sedang menghiris hati umat Islam.

Bagi Muslim yang beriman merasakan betapa pedihnya hati dengan berlakunya perkara tersebut. Hal ini tidak dapat diterima kerana agama negara ini ialah Islam yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

- Advertisement -

Bagi Muslim yang sedang menjalani ibadah puasa sewajarnya bangun menentang kemungkaran ini. Bersikap seperti lembu kenyang ketika Islam dihina dengan provokasi dan penghinaan yang berlaku itu adalah dayus. Sifat dayus menyebabkan seseorang itu tidak masuk syurga.

Bagi warganegara ini semestinya menyedari bahawa berjudi, berzina dan melakukan kezaliman adalah bertentangan dengan ajaran Islam selaku agama negara. Sebarang provokasi oleh sesiapa sahaja sebenarnya sedang mencabar Perlembagaan Negara. Tidak kiralah apa kedudukannya.

Sampai masanya kerajaan bertindak memerangi amalan yang sangat merugikan semua pihak itu. Ayuh bangun umat Islam bersatu di atas satu kalimah untuk menebus kehinaan.

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 21/4/2021

- Advertisement -