
LARUT: ADUN Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahaya mensasarkan seribu asnaf dapat disantuni melalui program secara berperingkat yang akan dijalankannya sepanjang Ramadan tahun ini.
“Program Santuni Seribu Asnaf DUN Kubu Gajah ini merupakan inisiatif Pusat Khidmat ADUN untuk membantu masyarakat sekitar menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang lebih baik dan selesa,” ujar beliau.
Program julung kali ini juga sebagai memperingati pengorbanan junjungan besar Rasulullah S.A.W yang sentiasa menganjurkan umatnya agar meningkatkan amalan bersedekah di bulan yang penuh barakah ini.
“Setakat ini sekitar 500 orang asnaf telah menerima sumbangan bermula daripada asnaf di Kampung Bendang Luas, RTBK Pondok Tanjung, Kampung Relang, Pekan Kubu Gajah dan terbaru Kampung Air Hitam” katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri.
Beliau turut mengadakan Ziarah Kasih Ramadan sejurus selepas daripada selesai program tersebut diadakan bagi mengunjungi warga penduduk yang tidak berkemampuan untuk hadir ke acara tersebut bagi menyampaikan bantuan.
“Program sebegini secara tidak langsung membuka peluang kepada semua masyarakat, individu berkemampuan dan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan bagi menyalurkan bantuan mereka kepada asnaf terpilih” jelas Khalil Yahaya.
Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah juga bakal mengadakan program Meriahnya Syawal bersama anak yatim dan fakir miskin yang disasarkan seramao 100 penerima bertempat di Pasaraya Mydin Parit Buntar.
Penyelaras program, Norazizul Zainulabidin berkata, orang ramai boleh membuat sumbangan kewangan melalui nombor akaun 158051911775 Maybank atas nama Dana Prihatin Kubu Gajah.
Sumbangan juga boleh berikan di dalam bentuk barangan keperluan asas seperti beras, garam dan gula atau terus menghubunginya di talian 0195494150. – HARAKAHDAILY 19/4/2021












