People pleaser

- Advertisement -

MENYENANGKAN orang lain bukanlah sesuatu yang negatif. Namun sekiranya bertindak dengan cara yang salah, boleh memberi kesan buruk pada diri sendiri. People pleaser satu istilah yang merujuk kepada tindakan menyenangkan orang lain dan sehingga cenderung mengabaikan diri sendiri.

Ciri-ciri people pleaser

(a) Meletakkan kepentingan orang lain lebih dari kepentingan sendiri.
(b) Keyakinan dan penilaian diri bergantung kepada pengiktirafan dan penilaian orang lain.
(c) Sukar untuk berkata ‘tidak’, mereka percaya bahawa mereka akan dicintai sekiranya memenuhi segala permintaan. Mereka cenderung melakukan perkara yang tidak mahu lakukan.
(d) Cepat bersetuju dan bahkan selalu bersetuju. 

- Advertisement -

Asertif

Asertif adalah jalan terbaik untuk mengelak dari jadi seorang people pleaser. Ia bermaksud menyampaikan fikiran, perasaan dan keperluan secara jujur, dalam masa yang sama menghormati keperluan dan perasaan orang lain.

Dalam kata yang lebih mudah, asertif adalah teknik komunikasi jujur dengan cara give and take antara dua atau lebih komunikan.

Memahamkan kepada orang sekeliling keadaan sebenar kita dan belajar untuk berkata ‘tidak’ pada permintaan-permintaan yang tidak dapat kita penuhi. Jangan paksa diri dan belajar meletakkan batasan.

Hargai jangan eksploitasi

Sekiranya kita dikelilingi dengan orang yang mempunyai ciri-ciri people pleaser, hargailah dan jangan mempergunakan kebaikan mereka.

Sebenarnya, people pleaser mempunyai kesukaran mengenalpasti perasaan serta keperluan sendiri kerana meletakkan kepentingan orang lain sebagai keutamaan. Struggle dengan diri sendiri.

Tuntutan berbuat baik

Memang benar berbuat baik pada orang sekeliling adalah tuntutan. Namun, letakkan batasan sesuai dengan kemampuan dan keadaan kita, jangan sampai memberi kesan yang buruk pada diri kita sehingga tertekan, dibuli dan lain-lain. Belajar untuk menolak secara baik. Pada hakikatnya menyenangkan dan mencari redha manusia lebih susah dari mencari redha Allah S.W.T:

مَنِ التَمَسَ رِضَاءَ اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ، وَمَنِ التَمَسَ رِضَاءَ النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ

“Barangsiapa yang mencari redha Allah sekalipun memperolehi kemurkaan manusia, maka Allah akan cukupkan kebergantungannya terhadap manusia. Barangsiapa yang mencari redha manusia sekalipun memperolehi kemurkaan Allah, maka Allah akan serahkannya kepada manusia.”

[Riwayat al-Tirmizi (2414)]

Hidup ini perlu give and take.

AINA MOKHTAR
16 April 2021 – HARAKAHDAILY 16/4/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -