Covid-19: Kes baharu hari ini catat lebih 2,000

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kes baharu Covid-19 negara kembali mencatatkan angka melepasi 2,000 selepas 41 hari dengan 2,148 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Kali terakhir negara mencatat kes melebihi angka 2,000 adalah pada 5 Mac lalu dengan 2,154 kes.

- Advertisement -

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter beliau hari ini memaklumkan tiga negeri tertinggi mencatat kes baharu adalah Sarawak dengan 512 kes, Selangor (459 kes) dan Kelantan (221 kes).

Ini diikuti Sabah dengan 202 kes, Johor (182), Kuala Lumpur (171), Pulau Pinang (134), Terengganu (57), Melaka (53), Perak (51) dan Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing mencatat 34 kes.

Beliau berkata Kedah mencatat 26 kes, Putrajaya (8), Labuan (3) dan Perlis merekod satu kes bagi tempoh 24 jam lepas. – BERNAMA

- Advertisement -