Kerajaan DAP tak komited tangani perubahan iklim

Malah projek mega PSR 'bakulsampahkan' bantahan nelayan

- Advertisement -

PERTUBUHAN Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (LEKAS) menggesa Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Dato Zakiyuddin menghormati proses rayuan Unit Nelayan Sg Batu terhadap Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membatalkan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

Pandangan beliau bahawa kerja-kerja Pulau A pada Mei ini adalah tidak cermat dan jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menghormati proses rayuan yang dibuat nelayan pada Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar. Rayuan tersebut mempunyai risiko pembatalan EIA.

LEKAS bertegas supaya penilaian semula (revised) EIA mesti dilakukan dengan proses penyertaan awam secara Free, Prior, Informed & Consent (Tanpa Paksaan, makluman awal sebelum ambil keputusan, maklumat menyeluruh , hak tak bersetuju atau sebaliknya secara signifikan).

- Advertisement -

Tindakan tergesa-gesa Kerajaan Negeri mempromosikan ‘Green-Washing’ melalui satu siaran media berbayar sebelum ini juga menggambarkan kedudukan yang terdesak yang cuba disorokkan untuk membina keyakinan palsu terhadap pelabur.

LEKAS mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapatkan nasihat YB Lim Guan Eng dan YB Yeo Bee Yin yang dikatakan konsisten dalam agenda menangani Perubahan Iklim. Untuk rekod, penambakan laut Penang South Reclaimation (PSR) akan melibatkan 3.2 juta ton ‘carbon footprint’ setiap tahun. 

LEKAS akan sentiasa konsisten menyokong Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memastikan slogan Penang Greener yang sebenar direalisasikan.

Sekian, Terima Kasih

ZIKRULLAH ISMAIL
Pengerusi LEKAS
(Chairman, Penang Sustainable Natural Heritage Association) – HARAKAHDAILY 12/4/2021

- Advertisement -