PAS Bentong sedia ‘genggam’ DUN Ketari PRU15

- Advertisement -

BENTONG: PAS DUN Ketari telah dengan melancarkan program bersasar, ‘Genggam N.34 Ketari PRU15’ Dengan motto, ‘Islam di hati, Sejahtera Ketari, tak kenal tak cinta, dah kenal undi kita’, bertempat di Villa Singgahsana, di sini kelmarin.

Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS DUN Ketari (JPrD), Sahir Abd Rahman menjelaskan, program ini merupakan persediaan awal DUN Ketari menghadapi pilihan raya yang mungkin berlaku pada bila-bila masa mulai sekarang

- Advertisement -

Pengarah JPrD Ketari, Ustaz Roslan Mad Esa yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bentong, berkata, gerak kerja tersusun adalah perintah Allah dan pentingnya kebijaksanaan menyiapkan kekuatan sebagaimana sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Menyusur sirah baginda, beliau, menyentuh mengenai penyusunan gerak kerja penggiliran dalam peperangan iaitu setiap orang bergilir-gilir berjaga dengan tidak tidur dan membuat rondaan.

“Pilihan raya adalah jihad, susah kalau kita tak menang. Kalau tiada kuasa, susah. Ada kuasa semua jadi mudah. Tetapi, bila ada kuasa, Allah akan uji pula. Perang Uhud kenapa Islam kalah awal? Kerana mereka tidak patuh arahan dan terpengaruh ghanimah yang bertimbun-timbun,” tegas Roslan

“Kalau kita nak ke Kuala Lumpur, betulkan laluan kita nak ke kuala Lumpur. Kalau kita ambil laluan ke Kuantan, logiknya bila kita nak sampai,” ujarnya mengajak membetulkan laluan. 

Yang Dipertua PAS Bentong, Khairuddin Abdullah ketika merasmikan program meniup kata-kata semangat dengan mengajak para kader parti mengabaikan segala ancaman sekeliling jika berhasrat menang dalam pilihan raya.

“Kita ada Allah, itulah sebaik-baik penolong kita. Langkah pertama sudah kita mulakan sejak lama dahulu. Orang Ketari dah tahu budi baik dan betapa ringannya tulang orang-orang PAS turun padang membantu setiap kali berlaku musibah dan sebagainya.

“Kita teruskan langkah. Jentera perlu fokus kepada kepakaran masing-masing. Gerak kerja kita sentiasa berterusan dan berkesinambungan sehingga parlimen bubar dan sesudah pilihanraya berakhir,” ujarnya penuh semangat

Program yang berlangsung selama dua hari menutup tirainya semalam melalui ‘Program Ziarah Kasih’ dihadiri Khairuddin dan Ustaz Roslan Mad Esa serta Pengarah Jabatan Pilihan Raya Parlimen (JPrP) Bentong, Jamali Raib. – HARAKAHDAILY 4/4/2021

- Advertisement -