Nasihat sabar juga menjadi rawatan bagi yang sakit

- Advertisement -

PAYA BESAR: Memberi nasihat supaya sabar menghadapi ujian kesihatan kepada orang yang sakit menjadi sebahagian elemen perawatan untuk penyembuhan.

Itulah pendekatan tidak pernah ditinggalkan ADUN Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya setiap kali menziarahi warga penduduk yang sakit selain menitipkan doa.

Dalam kesibukan rutin tugasnya, beliau tetap meluangkan kesempatan waktu di mana telah mengadakan ziarah di Kampung Pandan 1, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Turut diiringi isterinya, Rosmawati Bohari dan Ketua PAS Cawangan Pandan 1, Mohd Hanif Yunus, mereka juga telah singgah berkunjung ke Taman Pandan Aman 1, di sini.

“Sakit ini satu ujian, satu nikmat yang Allah tarik, banyak lagi nikmat lain ada pada kita. Dah lama Allah bagi pinjam nikmat sihat, bagi pinjam kaki untuk berjalan. 

“Jadi Allah tarik sikit agar kita beringat dan terus ingat kepada-Nya. Bila kita ingat orang lain yang dari kecil tak de kaki, kita dah lama dapat jalan, Allah tarik sikit, kita akan lebih bersyukur. 

” Hal-hal dunia ni, kita kena tengok orang yang lebih bawah dari kita, baru kita akan bersyukur dan nampak yang kita ni banyak lagi nikmat lain. Yang tak sakit ni, jangan lupa jaga kesihatan. 

“Bukan nasihat untuk orang sakit je. Untuk yang tak sakit ni pun kena jaga jugak. Makan nasi tu, besar penumbuk tangan masing-masing je,” kata Ustaz Tarmizi dalam nada bergurau tetapi nasihat meredakan rintihan keluh kesah.

Ziarah seperti ini juga menjadi kesempatan kepada beliau untuk mengambil maklum terhadap permasalahan masyarakat setempat dan dapat beramah mesra lebih dekat.

Ustaz Tarmizi juga ketika ziarah ini telah memenuhi permintaan menyempurnakan tahnik kepada anak pasangan Mohd Razuan Ghazali Mohd dan Nor Fadilawati Mad Aid. 

Bayi mereka, Nurul Faiha Falesha berusia 25 hari turut diambil maklumat untuk membuka akaun SSPN-i bersempena insentif yang Ustaz Tarmizi lancarkan baru-baru ini. 

Terdahulu, Ustaz Tarmizi membuat Pelancaran Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bagi DUN Panching, di mana semua bayi yang lahir akan ditaja untuk membuka akaun SSPN-i.

Ibu bapa hanya perlu melaporkan kelahiran bayi mereka kepada wakil cawangan atau boleh terus pergi ke Pejabat ADUN di Permatang Badak. – HARAKAHDAILY 3/4/2021

- Advertisement -