Syria: Jauh di mata, dekat di hati – PASRelief salur bantuan

WILAYAH Idlib diduduki oleh 2.9 juta penduduk, namun amat mendukacitakan dua pertiga daripadanya telah kehilangan tempat berteduh akibat konflik yang berlaku di Syria.

PASRelief sebagai sebuah badan kemanusiaan di bawah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah turut sama menyampaikan bantuan dan sumbangan daripada rakyat Malaysia ke Syria, antaranya Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk dan sumbangan sebanyak RM100,000.00 untuk Misi Kemanusiaan Ghoutah, Syria.

Bantuan dan sumbangan kepada rakyat Syria terus kita jalankan kelmarin melalui wakil PASRelief di sana. Alhamdulillah, tiga hari lepas dan kelmarin PASRelief telah mengagihkan keperluan kebersihan dan keperluan makanan kepada 10 keluarga di Kem Muarrid, Idlib dan 10 keluarga di Kem al-Buhairah, Kafal Yahmul, Idlib, Syria.

Advertisement

Pihak PASRelief juga sedang merancang untuk membuka sebuah kilang roti di sana, bagi memenuhi dan menampung keperluan makanan asas mereka yang memerlukan.

Oleh itu, kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk teruskan menyumbang bersama PASRelief. Kita berharap dengan bantuan dan sumbangan yang diberikan ini dapat mempersiapkan mereka untuk menyambut bulan Ramadan dan membina kilang roti untuk keperluan asasi mereka.

Segala sumbangan boleh disalurkan melalui:

Akaun: Tabung Kemanusiaan Antarabangsa
No Akaun: 5640 7061 2333 (Maybank)
ReferenceSyria

YB MOHD YUSNI MAT PIAH
Pengarah
PASRelief – HARAKAHDAILY 27/3/2021