PASRelief lancar Tabung Kecemasan Pelarian Rohingya

Susulan kebakaran di kem pelarian di Cox's Bazar, Bangladesh

- Advertisement -

SEMALAM (23 Mac 2021), kami di PASRelief mendapat berita yang mengejutkan, sekurang-kurangnya 12,000 rumah, khemah atau kedai di kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh telah hangus terbakar.

Kebakaran yang besar ini telah mengorbankan 15 orang, 560 orang cedera dan 400 orang lagi hilang. Lebih teruk lagi, sekurang-kurangnya 50,000 orang telah terjejas dan kehilangan rumah.

Tidak sampai sebulan lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan. Namun, pelarian Rohingya di Cox’s Bazar bukan sahaja hidup dalam keadaan serba kekurangan, kini mereka kehilangan tempat berteduh pula. 

- Advertisement -

Bantuan segera diperlukan oleh mereka, PASRelief mengambil tanggungjawab melancarkan Tabung Bantuan Kebakaran Rohingya, untuk kita membina kembali rumah atau khemah, memberikan bantuan keperluan, bantuan pendidikan dan sebagainya. 

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke:

Akaun: PASRELIEF
No Akaun: 5640 7061 2333 (Maybank)
Reference: Kebakaran Cox’s Bazar

Cox’s Bazar amat dekat dengan hati kami, di sana PASRelief bersama rakan-rakan NGO telah membina dan membantu lebih 35 sekolah dan madrasah, termasuklah Madrasah Norazli Musa. 

Sebelum ini kami turun setiap tahun ke sana bagi menyampaikan bantuan seperti membina penempatan sementara, bantuan pendidikan, bantuan keperluan asas, penajaan pendidikan anak yatim dan sebagainya.

Kita berharap dengan bantuan dan sumbangan segera dari rakyat Malaysia yang kita berikan ini mampu mempersiapkan mereka untuk menyambut Ramadan dalam keadaan yang lebih baik. Insya-Allah.

Sebagai akhirnya, kami ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menderma dan menyumbang untuk membantu mangsa kebakaran Rohingya di Cox’s Bazar. Semoga Allah S.W.T merahmati kalian. 

YB MOHD YUSNI MAT PIAH
Pengarah
PAS Relief
24 Mac 2021 – HARAKAHDAILY 24/3/2021

- Advertisement -