PAU patuh SOP PKPB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 dihadiri para perwakilan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan iaitu pelaksanaan norma baharu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berkuatkuasa.

Timbalan Presiden Umno, Dato’ Sri Mohamad Hasan menyempurnakan majlis perasmian serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertempat di Dewan Merdeka.

Namun demikian, para perwakilan yang hadir amat terhad sebagai langkah bagi mengelakkan kesesakan dan orang ramai berkumpul agar persidangan dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

- Advertisement -

Seterusnya, ketiga-tiga sayap Umno akan melaksanakan persidangannya secara berasingan dengan Wanita di Dewan Tun Dr Ismail, Pemuda di Dewan Tun Hussein Onn sementara Puteri, di sini.

Bermula hari ini hingga esok berlangsungnya persidangan tahunan Umno di PWTC, di sini.

Terdahulu, PAU 2020 telah dua kali tertangguh kerana penularan wabak pandemik Covid-19 yang ditetapkan tarikh 26 hingga 31 Oktober 2020.

Namun, kali kedua juga terpaksa ditangguhkan bertarikh 31 Januari 2021 ekoran Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.

Justeru, PAU 2020 telah bermula dengan mesyuarat ahli-ahli Umno peringkat akar umbi iaitu cawangan dan bahagian yang usulnya diangkat ke PAU 2020. – HARAKAHDAILY 27/3/2021

- Advertisement -