PAS-BERSATU Pekan santuni asnaf di empat DUN

- Advertisement -

PEKAN: Bakul makanan sumbangan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diagihkan kepada para asnaf di DUN Peramu Jaya, Chini, Bebar dan Pulau Manis, baru-baru ini.

Pemberian kebajikan berupa keperluan asasi ini diserahkan dengan bantuan Jawatankuasa Muslimat Cawangan (JMC) di mana terdahulu dikumpulkan di PASTI Al-Furqan, Perumahan Dato’ Shahbandar, di sini.

Program ini turut diraikan Ketua Muslimat PAS Kawasan Pekan, Ustazah Rohana Mohamad dan Pengerusi Ekonomi PAS Pekan, Nor Afandi Hamzah serta Ketua PAS Cawangan Shahbandar, Hamidi Omar.

- Advertisement -

Hadir sama adalah Ketua Srikandi BERSATU Pekan, Nik Sinar Suria Md Ali dan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Pekan, Jefri Jaafar Tukemin serta Ketua Pemuda dan Wanita PKN, Mohd Amir Rushdan Azman dan Zainoriah Jaffar serta Ketua Wanita Muda PKN, Aina Nadirah Rahman.

Dalam pertemuan ringkas ini, pihak PAS berharap inisiatif menghulurkan bantuan itu bukan sahaja dapat meringankan beban golongan kurang berkemampuan, tetapi juga menjadi sebahagian amal soleh.

Menurut Ustazah Rohana, kesantunan kepada golongan demikian hanya dapat dijayakan oleh pemimpin yang adil di mana akan berusaha semaksimumnya dalam menjaga hal ehwal kebajikan rakyat.

Jelas beliau, perkara tersebut adalah sebahagian tuntutan yang hanya disempurnakan atas dasar keimanan selaras hadis Rasulullah S.A.W mengenai tujuh golongan diberi naungan Allah pada hari akhirat kelak.

Terangnya, menerusi sumbangan tersebut ia dapat meringankan beban golongan yang memerlukan di mana ia menjadi sebahagian tanggungjawab ditaklifkan Allah ke atas orang beriman bagi melaksanakan tugas itu.

“Menjadi satu tanggungjawab kepada kepimpinan melaksanakan amanah kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa berdasarkan sifat kemanusiaan.

“Allah menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk saling kenal mengenal antara satu sama lain, tiada beza antara manusia kecuali sifat takwa,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, PAS dan BERSATU mengharapkan kerjasama yang baik terjalin di antara satu sama lain dalam mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional demi memartabatkan Islam dan menjaga ketuanan Melayu di Malaysia. HARAKAHDAILY 26/3/2021

- Advertisement -