Dedikasi menyelesaikan isu air di HRPZ2

- Advertisement -

JANGAN dimarah kepada Pengarah HRPZ2 yang mengutarakan isu air di hospital berkenaan. Begitulah sifat dan karakter pemimpin yang berwibawa yang cakna kepada permasalahan di bawah seliaanya. Mengambil ruang dan peluang di Program Malaysia Prihatin Sesi Bersama Pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk mengutarakan isu bekal mencari solusi terbaik.

Begitulah indah dan teraturnya tabir urus di zaman pemerintahan PN. Kerajaan Negeri dan Persekutuan selari dan telus lagi harmoni dalam menyelesaikan masalah utama negeri ini. Langkah jangka pendek dan panjang disusun rapi bagi memberi sinar cahaya buat rakyat Kelantan yang menghadapi kemelut air sejak puluhan tahun.

- Advertisement -

Jangan dimarah kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan sedaya upaya bekerjasama dengan Persekutuan sejak termeterainya pengstrukturan semula perkhidmatan bekalan air pada September 2016. Rentetan itu segala pelan dan langkah-langkah diambil bagi memastikan 4,000km daripada 8,000km paip negeri ini dapat dinaiktaraf.

Hasil pengstrukturan ini, Perjanjian Migrasi meletakkan tanggungjawab perkhidmatan bekalan air berada di bawah SPAN iaitu di bawah Kerajaan Persekutuan. Manakala sumber air sahaja di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Namun di atas semangat muafakat serta dasar Kemakmuran dan Kebajikan, Kerajaan Negeri mengambil berat isu perkhidmatan bekalan air bersih kepada rakyat.

Ianya bukan satu perkara mudah. Memerlukan usaha berterusan serta belanja dan pelaburan yang tinggi. Komitmen Kerajaan Pusat dalam membantu masalah air ini merancakkan lagi usaha tanpa henti AKSB bagi memastikan segala kesulitan dapat diatasi secara berperingkat.

Untuk makluman, isu HRPZ2 merupakan di bawah seliaan Persekutuan dan Kementerian Kesihatan dan selenggaraannya pula di bawah Radicare. Namun keprihatinan Kerajaan Negeri untuk menjalinkan kerjasama penambahbaikan giat dijalankan dengan pembinaan takungan bawah tanah serta pemasangan paip ‘dedicated’ daripada tangki Merbau ke HRPZ2 yang dibiayai PAAB giat dijalankan.

Antara perancangan yang disusun:
1. Sistem tangki sedutan bawah tanah berkapasiti 13,500 liter siap 5 November 2020.
2. Pengalihan paip t-off dan penggantian paip lama kepada baharu bagi melancarkan kadar aliran air- dijangka siap Mac 2021.
3. Pemasangan paip ‘dedicated’ dengan peruntukan RM800,000 – dianggarkan siap menjelang April 2021.
4. Projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Tanjong Mas dengan peruntukan RM88 juta. Dijangka siap penghujung 2023.

Begitulah harmoni dan sinerginya gabungan PAAB, SPAN, dan AKSB bagi memastikan sinar pelangi dan harapan rakyat Kelantan dalam isu air dapat diatasi. Jadi jangan dimarah kepada Pengarah, jangan dimurih ko kerajaan. Perlu sokongan padu semua pihak untuk memastikan Kelantan lebih cemerlang dalam pengendalian bekalan air bersih.

Tahniah Pengarah HRPZ2. Tahniah Kerajaan Negeri. Tahniah Kerajaan Persekutuan. Tahniah rakyat Kelantan Darul Naim. Koho-koho Kelantan dan rakyatnya menerima manfaat hasil muafakat hebat ini.

JAMAL NAJMUDDIN SULAIMAN
Timbalan Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 24/3/2020

- Advertisement -