Adun terharu NGO tampil bantu penduduk miskin

- Advertisement -

ARAU: Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli terharu apabila NGO turut bersama membantu penduduk miskin yang terdesak akibat penularan pandemik Covid-19.

Kata beliau antaranya Muslim Care menggembleng tenaga membantu penduduk yang memerlukan bantuan di Dun Sanglang.

Menurutnya NGO terbabit menyediakan pek keperluan harian yang diagih melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) untuk disampaikan kepada penduduk yang memerlukan.

- Advertisement -

“Sumbangan yang diberi berupa keperluan harian termasuk beras, telur, gula, minyak masak dan lain-lain yang diagihkan kepada seramai 150 ketua keluarga di Dun Sanglang.

“Sumbangan berkenaan disediakan NGO Muslim Care Malaysia dan diamanahkan kepada PKWR Sanglang untuk diserah kepada penduduk.

“Alhamdulillah semakin banyak pihak khususnya NGO tampil membantu menyalurkan pelbagai sumbangan kepada penduduk,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk di Sungai Padang semalam.

Oleh itu beliau merakam ucapan terima kasih kepada Muslim Care di atas sumbangan yang diberi dan berharap bantuan itu dapat membantu meringankan beban penduduk yang terjejas.

Sebelum itu Mohd Shukri dan petugas PKWR Dun Sanglang dan sukarelawan Muslim Care menyampaikan sumbangan kepada 10 keluarga yang terjejas di Kampung Padang Keria. – HARAKAHDAILY 17/3/2021

- Advertisement -