Vaksinasi selari maqasid syariah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Negara sedang berada dalam keadaan darurat kesihatan, vaksinasi rakyat adalah suatu keperluan perkara darurat untuk mengatasi masalah ini.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Dr Rosni Adam berkata ianya selari dengan maqasid syariah terutama dalam hal menjaga agama, nyawa, keturunan, akal serta harta.

“Dari segi menjaga agama, kejayaan Pasukan Gerakan Marin (PGM) vaksinasi ini dapat menatijahkan masjid, surau dan aktiviti dakwah serta keagamaan dapat diteruskan.

“Dalam hal menjaga nyawa dan keturunan pula, jangkitan dan kematian akibat Covid-19 dapat dikurangkan serta dihapuskan.

- Advertisement -

“Dalam hal menjaga akal, insiden penyakit mental akibat kesan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berjaya dikurangkan,” ujarnya.

Sebelum ini, negara mengalami kerugian RM2.4 bilion setiap sehari sepanjang PKP.

“Justeru dengan vaksinasi, ia dapat mengurangkan kerugian yang amat besar ini. Ini termasuk dalam hal menjaga harta,” katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru rakyat Malaysia untuk menerima program vaksinisasi yang diatur oleh kerajaan Malaysia supaya ‘herd immunisation‘ berjaya dicapai.

“Elakkan daripada terpedaya dengan dakyah antivaksin yang sentiasa memberi perpektif yang negatif terhadap usaha ini dengan penyebaran berita-berita palsu, fakta di luar konteks dan manipulasi penceritaan.

“Sebagai aktivis masyarakat merangkap frontliner, saya amat berharap agar usaha ini diberkati Allah. Kita perlu berusaha sedaya upaya, Allah akan memberi kejayaan, Insya Allah,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. – HARAKAHDAILY 1/3/2021

- Advertisement -