Hakim Mahkamah Sivil juga perlu tegakkan Islam

- Advertisement -

DI NEGERI-negeri sebelum 1948, terdapat pelbagai mahkamah yang mempunyai bidangkuasa masing-masing, termasuklah Mahkamah Syariah (Qadi). Semua mahkamah ini melaksanakan perundangan dan prinsip perundangan Islam.

Campur tangan Inggeris bermula pada tarikh berbeza di Negeri-negeri Melayu serta tahapnya juga berbeza di antara Negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Mahkamah Orang Islam itulah Mahkamah khusus untuk orang Islam, perundangan dan prinsip hukum Islam dilaksanakan.

Mahkamah yang mengendalikan kes Orang Islam dan Bukan-Islam, seperti Mahkamah Yang Maha Tinggi, Mahkamah Rayuan (Apil), Mahkamah Balai dan Mahkamah Penghulu juga, mengamalkan perundangan dan prinsip hukum atau perundangan termasuklah adat Melayu.

- Advertisement -

Walaupun prinsip common law dan kaedah-kaedah ekuiti diperkenalkan oleh hakim didikan Inggeris di Mahkamah Maha Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Balai yang akhirnya berkembang namun pemakaiannya adalah tertakluk pada keadaan-keadaan tempatan (sila baca huraian dalam buku-buku saya).

Apa yang ingin saya sampaikan bahawa apabila bidangkuasa undang-undang awam diserahkan kepada Persekutuan, itu tidak memisahkan Undang-undang di bawah Senarai Persekutuan dengan prinsip perundangan Islam. Ini kerana Islam kekal sebagai undang-undang watan dan agama bagi Persekutuan.

Pada hakikatnya, para Hakim di Mahkamah Sivil juga perlu untuk menegakkan Islam seperti terkandung dalam Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong.

DATUK DR WAN AHMAD FAUZI WAN HUSAIN
Pengasas Jurispruden Watan merangkap Profesor Madya Fakulti Pengurusan Industri, UMP – HARAKAHDAILY 1/3/2021 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -