Isteri wakil rakyat bantu mangsa tanah runtuh

- Advertisement -

PASIR MAS: Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (PURNAMA) tidak lupa tampil menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terbabit tebing sungai runtuh di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas.

Pengerusi PURNAMA, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid berkata, program penyampaian sumbangan di samping menyelami masalah dihadapi penduduk yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Katanya, PURNAMA turut menzahirkan rasa simpati dan harapan agar mangsa terlibat terus tabah mengharungi dugaan dan musibah yang menimpa mereka.

Beliau juga berharap sumbangan yang diberi dapat meringan dan menggembirakan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

- Advertisement -

Turut hadir pada program itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Hanifa Ahmad, serta beberapa pimpinan lain.

Baru-baru ini, Kerajaan Kelantan menghulurkan bantuan awal sebanyak RM38,000 kepada mangsa yang terjejas.

Sumbangan itu disalurkan menerusi Tabung Serambi Mekah. Selain itu penduduk terlibat juga menerima sumbangan daripada Ahmad Fadhli.

Akibat kejadian itu, sebanyak lima rumah milik penduduk musnah selain beberapa rumah lagi mengalami rekahan. Seramai 50 penduduk terjejas akibat kejadian tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis bersama agensi penyelamat lain sentiasa melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan.

Kerajaan negeri menganggarkan kira-kira RM60 juta diperlukan bagi mengatasi tebing sungai runtuh di kawasan terbabit. – HARAKAHDAILY 28/2/2021

- Advertisement -