PKPB aras mengukur kecintaan kita kepada masjid

- Advertisement -

KETIKA mesyuarat bersama agensi-agensi agama minggu lepas, saya ada membangkitkan kerisauan sekiranya masjid-masjid menjadi semakin suram selepas hampir setahun kita bergelut dengan situasi COVID-19. 

Kalau mahu diikutkan, pihak JAWI sendiri sudah merancang pelbagai jenis program sehingga tahun 2024 melalui Pelan Pengimarahan Masjid-masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024. Banyak program-program menarik yang dirangka mengikut lima teras utama iaitu teras Ibadah, Dakwah, Pendidikan dan Keilmuan, Sosial, Komuniti dan Alam Sekitar, serta Ekonomi. Namun, begitulah. Walaupun banyak pelan yang kita sudah rancang, perancangan Allah mendahului semuanya. Alhamdulilah atas segala ketetapan.

- Advertisement -

Dalam kekangan yang kita masih hadapi, saya ingin mengucapkan tahniah di atas usaha JAWI yang telah mengambil tindakan dengan membuat garis panduan menyeluruh mengenai pelaksanaan aktiviti pengimarahan masjid dan surau di kawasan PKPB di Wilayah Persekutuan.

Sudah ada beberapa aktiviti ibadah dan ilmu yang dibenarkan dengan syarat-syarat dan panduan tertentu:

إِنَّمَا یَعۡمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمۡ یَخۡشَ إِلَّا ٱللَّهَۖ فَعَسَىٰۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَن یَكُونُوا۟ مِنَ ٱلۡمُهۡتَدِینَ

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

(al-Taubah: 18)

Hakikatnya, tempoh PKPB inilah yang menjadi aras petunjuk kecintaan kita kepada masjid. Dengan kapasiti yang dihadkan kepada 50 peratus, hanya yang benar-benar cintakan masjid akan berlumba-lumba datang awal untuk merebut kuota yang telah ditetapkan. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang terpilih.

YB USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 23/2/2021

- Advertisement -