Bagaimana sentiasa ‘improve’ diri dalam kerjaya?

- Advertisement -

MACAM mana nak sentiasa improve diri kita dalam kerjaya kita? Mesti ramai yang tertanya-tanya berkenaan perkara ini kan? Begitulah juga dengan diri saya sewaktu saya mula-mula melangkahkan kaki ke alam pekerjaan dahulu. Saya sangat kagum apabila melihat senior engineer saya apabila mereka melaksanakan kerja dengan sangat profesional dan matang dalam menyelesaikan segala masalah di tempat kerja.

Alhamdulillah hari ini, saya direzekikan oleh Allah S.W.T menjawat jawatan yang sangat penting di tempat kerja saya hasil berkat membuat beberapa perkara yang saya pegang dari dulu. Hari ini saya kongsikan tips ini kepada anda dan saya doakan agar kesemua anda di luar sana dipermudahkan urusan kerja dan dapat dinaikkan pangkat dalam masa terdekat. Berikut merupakan 3 tips yang akan saya kongsikan:

- Advertisement -

(1) Cuba benda baru atau Get out from comfort zone.

Manusia ini mempunyai satu tabiat yang sering dilakukan iaitu sentiasa mengulangi perkara-perkara yang sama. Mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Cuba kita lakukan sesuatu yang baru dan tidak tertumpu pada satu habit sahaja.

Sering kali yang dilakukan ialah, apabila mereka sudah berada di tahap yang selesa, mereka akan tetap sahaja di situ dan terus melakukan perkara yang sama. Kerana mereka sudah merasakan diri mereka di tahap yang selesa dan tidak mahu melakukan perkara lain yang baru. Mereka takut akan kegagalan apabila mencuba sesuatu yang bukan bidang mereka.

Sikap inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak maju dan terus ketinggalan. Tidak salah untuk mencuba sesuatu kerana ini akan membuat minda kita untuk mencuba sesuatu di luar zon selesa kita. Keluar dari zon selesa ialah antara langkah-langkah awal untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.” 

(ar-Ra’d: 11)

(2) Tunjukkan kemampuan atau Marketize yourself.

Masing-masing mempunyai kemampuan sendiri. Buktikan kepada majikan dan teman sekerja yang anda mampu memberikan yang terbaik. Sesekali, tunjukkan kreativiti dan idea untuk menjadikan hasil kerja lebih hebat. Biasanya orang profesional suka melihat kreativiti pekerja kerana mereka dapat lihat keyakinan yang ada pada anda.

(3) Berani menghadapi pegawai atasan dan kakitangan lain.

Ramai yang sentiasa mengelak dari berjumpa dengan bos. Itu sebenarnya sifat yang merugikan diri sendiri. Anda sepatutnya kenali bos anda, dan pastikan bos anda kenal anda. Bukan membodek, tapi jika anda mempunyai kemahiran, jangan takut untuk ‘tunjuk terer’.

Demikian juga dengan rakan sekerja, jangan takut untuk menyatakan pendapat anda. Walaupun baik untuk menerima cabaran baru atau membantu rakan sekerja, ada kalanya anda hendaklah berani untuk menolak permintaan mereka. Selesaikan tugasan anda terlebih dahulu dan sentiasa kaji sama ada anda telah menggunakan masa kerja anda dengan sebaik mungkin atau tidak.

Walaupun sudah mengamalkan tips ini namun akan masih wujud ujian-ujian lain di tempat kerja yang kadang masih membuat kita menjadi buntu. Apa jalan penyelesaiannya?

Nota:

(1) Gambar pertama adalah training yang saya berikan ketika sebelum PKP.
(2) Gambar kedua adalah mentor saya. Beliau adalah bos pertama saya dan nurtured saya sehingga berjaya seperti sekarang, Mr. Zamaluddin Ali.

Nanti saya akan kongsikan di sukses kerjaya yang seterusnya. Jangan terlepas!

IR. TS. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Ketua Pemuda Perikatan Nasional – HARAKAHDAILY 23/2/2021

- Advertisement -