‘One off’ RM500 PERMAI untuk pemandu pengangkutan awam

- Advertisement -

RAMAI pemandu di sektor pengangkutan awam terus memberikan khidmat kepada masyarakat biarpun berdepan kesukaran akibat pandemik COVID-19, semata-mata mahu memastikan bekalan makanan dan barangan keperluan serta kehidupan orang ramai berjalan dengan baik. Dalam masa sama, kerajaan juga menyedari bahawa para pemandu ini perlu diberikan bantuan bagi membolehkan mereka menampung keperluan harian.

Oleh itu, sebanyak RM500 diberikan secara ‘one off’ kepada pemandu e-hailing, teksi, bas sekolah dan bas persiaran di bawah pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dengan peruntukan RM15 bilion sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Januari 2021 lalu. Ini adalah sebahagian daripada 22 inisiatif PERMAI yang diperkenalkan untuk melindungi ekonomi dan kesejahteraan rakyat semasa berlakunya wabak COVID-19.

Untuk mempercepatkan proses pembayaran, pemandu yang telah menerima bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini akan dikecualikan daripada melalui proses permohonan bagi menerima bantuan PERMAI 2021 dan hanya saringan lesen sahaja yang perlu dibuat.

- Advertisement -

Bantuan tunai PERMAI ini akan memanfaatkan kepada 118,000 pemandu yang telah diluluskan dan mereka yang masih belum membuat permohonan.

Pemandu teksi dan kereta sewa

Semua pemandu teksi dan kereta sewa yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan PERMAI.

Pemandu bas persiaran

Semua pemandu bas persiaran yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu disaring untuk caruman PERKESO sekali lagi dan hanya saringan lesen memandu yang sah sahaja akan dibuat.

Pemandu bas sekolah

Semua pemandu bas sekolah yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu didaftarkan semula oleh syarikat masing-masing dan hanya saringan lesen vokasional, PSV yang sah sahaja akan dibuat.

Pemandu e-hailing

Syarat pendapatan minima RM1,200 untuk pemandu e-hailing bagi mendapatkan bantuan PRIHATIN sebelum ini dikurangkan kepada minima RM700 di bawah PERMAI untuk bulan Oktober 2020, November 2020 atau Disember 2020.

Kementerian Pengangkutan Malaysia menggesa kepada semua pemohon baharu supaya memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sesuai dengan kriteria yang ditetapkan untuk memastikan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai mereka tidak lagi tertangguh.

DATUK SERI IR DR WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan
15 Februari 2021

Criteria for RM500 one-off assistance under PERMAI to recipients already approved for PRIHATIN 2020

Many drivers in the public transport sector continue to serve the community diligently amid the pandemic to ensure our food and supplies are delivered and people kept on the move. However, the government recognises that this group also needs some assistance to support their daily needs. 

Therefore, under the RM15 billion Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) assistance package announced by the YAB Prime Minister on 18 January 2021, a RM500 one-off cash relief is allocated for e-hailing, taxi, school bus, and tour bus drivers. This is part of PERMAI’s 22 initiatives to protect the economy and the welfare of the people during the ongoing pandemic.  

In order to expedite the payment process of the benefit, recipients who have been approved previously for PRIHATIN 2020, will be exempted from having to re-apply for this Permai assistance in 2021 and only need to be screened with their licenses. 

The Permai cash assistance will benefit 118,000 already approved drivers and those who have yet to apply. 

Taxi and rented car drivers

All taxi and rented car drivers who have fulfilled the eligibility criteria and approved under PRIHATIN are given automatic approvals for PERMAI without having to be verified again. 

Tour bus drivers

All tour bus drivers who have fulfilled the eligibility criteria under PRIHATIN are exempt from PERKESO contributions screening, and only need to be verified via their driving licenses. 

School bus drivers

All school bus drivers who have fulfilled the eligibility criteria under PRIHATIN are exempt from having to be registered again by their respective companies, and only need to be verified via their vocational PSV licenses.

E-hailing drivers

The previous RM1,200 *minimum* earning cap for e-hailing drivers to be eligible for the PRIHATIN benefit has been reduced to RM700 under PERMAI for the months of October, November, and December 2020. 

The Ministry urges all new applicants to provide accurate and up-to-date information to the Land Public Transport Agency (APAD) according to established criteria to ensure that the processing and distribution of their cash benefit is not unnecessarily delayed

DATUK SERI IR DR WEE KA SIONG
Minister Of Transport
15 February 2021 – HARAKAHDAILY 15/2/2021

- Advertisement -