Bantu siapkan rumah ibu tunggal supaya lebih selesa

- Advertisement -

BALING: Kesusahan hidup Jimah Che Tam, 58, di Kampung Charok Salang mendapat perhatian Adun Kupang, Dato’ Najmi Ahmad.

Melalui peruntukan kerajaan negeri kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun berkenaan, rumah ibu tunggal itu yang terbengkalai akan disiapkan.

Wanita yang telah kematian suami sejak 23 tahun lalu terpaksa meneruskan hidup keseorangan di rumah berbumbungkan kanvas, bertiangkan buluh ekoran kekangan kewangan untuk menyiapkan kediamannya itu.

- Advertisement -

Katanya, pondok yang dibina di atas tapak rumah asal terbengkalai hampir setahun lalu.

“Saya tak ada pilihan lain melainkan tinggal juga di atas tapak rumah asal ini,” jelasnya ketika lawatan Najmi ke rumahnya, semalam.

Jimah mempunyai seorang anak yang telah berkahwin dan menetap di Pulau Pinang.

Kekangan hidup anaknya yang hanya bekerja sebagai buruh kilang tidak dapat membantu kehidupannya.

Dia mendapat bekalan air daripada ehsan jirannya manakala ruang yang dijadikan tandas dan bilik mandi hanyalah ditutupi dengan jaring.

“Tempat tinggal sebegini tidak sesuai dan tidak selamat apatah lagi apabila berlaku hujan.

“Insya-Allah pihak PKWR akan membantu menyiapkannya agar beliau dapat tinggal lebih selesa lagi,” ujar Najmi yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah. – HARAKAHDAILY 10/2/2021

- Advertisement -