Pelantikan Peguam Negara perlu sejajar identiti Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) menggambarkan realiti politik yang tidak berteraskan konsep keadilan Islam.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata demikian susulan kontroversi buku Tommy Thomas, My Story: Justice in the Wilderness yang telah mengundang pelbagai reaksi pemimpin dan masyarakat Malaysia.

Bagaimanapun, pendedahan yang dilakukan itu juga termasuklah tindakan mendedahkan konflik politik ketika Februari 2021 yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong sebagai kegagalan beliau sebagai Peguam Negara.

- Advertisement -

Menurutnya, seharusnya sebagai pemimpin negara Islam perlu melantik individu-individu terpenting negara dalam kalangan mereka yang beragama Islam bagi mengemudi kerajaan.

Beliau menambah, lantikan jawatan tersebut seharusnya melalui Dewan Rakyat dan bukan melalui Pejabat Perdana Menteri.

“Jemaah kabinet pun tidak terlibat secara langsung ketika pemilihan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

“Sepatutnya jawatan-jawatan besar sebegitu dibawa kepada select committe parlimen bagi menilai calon-calon yang layak.

“Bukan hanya melihat kepada kredibiliti sahaja, tetapi perlu meletakkan syariat Islam sebagai garis panduan yang utama terlebih dahulu.

“Inilah realiti politik yang menunjukkan matlamat menghalalkan cara iaitu jauh daripada keadilan Islam.

Justeru itu, melalui kontroversi berkenaan buku ‘memoir’ yang ditulis Tommy Thimas itu juga adalah bukti nyata bagaimana Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan tanggungjawab Baginda dalam tempoh peralihan kuasa dengan seadil-adilnya tanpa cuba memihak kepada mana-mana pihak seperti didakwa.

Dalam pada itu, Nuridah menasihatkan kepada semua pemimpin Islam agar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan adil dalam memberi segala kemaslahatan kepada rakyat kerana semuanya akan dihadapkan di mahkamah Allah kelak.– HARAKAHDAILY 4/2/2021

- Advertisement -