Misi Musaadah ke Jerantut ceriakan mangsa banjir

- Advertisement -

PAGI tadi YaPEIM dengan kerjasama Gogopasar menghantar daging segar dan ayam segar kepada 1,300 keluarga mangsa banjir di Jerantut. Sebentar tadi, saya terima gambar ini. Ada juga kami kirimkan sos, minyak, kicap dan lain-lain.

Saya tersenyum sendirian melihat gambar ini. Mereka ucap terima kasih. Perasaan saya bercampur baur melihat kegembiraan yang terukir pada wajah mereka. Alhamdulillah. Bermula Mac – Disember 2020, agensi-agensi agama di peringkat Persekutuan di bawah tanggungjawab saya mengagihkan RM363.5 juta kepada mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 di seluruh Malaysia dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri. Kad laporan telah pun saya bentangkan.

- Advertisement -

Tahun ini, misi Musaadah diteruskan lagi. Saya akan bentangkan jumlah agihan sepanjang Januari 2021, dalam Kad Laporan Januari 2021 insya-Allah. Setiap sen adalah amanah. Semua perlu tahu ke mana wang zakat, infaq, wakaf dimanfaatkan.

Saya maklum, ada yang mempersoalkan, ‘di mana agensi agama?’ ‘di mana zakat?’ Saya menyaksikan sendiri betapa agensi-agensi agama di peringkat Persekutuan berhempas pulas dari Perlis hingga ke Sabah mengagihkan sumbangan dan bantuan. Dari bandar hinggalah ratusan kilometer ke pedalaman. 

Ada sebahagian kecilnya, saya kongsikan. Selebihnya ada di media sosial agensi-agensi saya yang terlibat dalam Musaadahseperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM, Baitulmal MAIWP, YaPEIM (Official), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim, Official : Lembaga Tabung Haji, Pusat Pungutan Zakat, Jabatan Wakaf Zakat & Haji dan Yayasan Waqaf Malaysia. 

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sering memberi sokongan. Pun begitu, saya akui bantuan oleh agensi-agensi agama ini boleh mendapat perhatian yang lebih luas oleh warganet. Sebolehnya, saya tidak mahu lagi timbul pertikaian berkenaan peranan agensi agama dan pusat zakat. Kepada yang bertanya, ‘di mana agensi agama?’ ‘di mana zakat?’. Jawapan saya ringkas, ‘kami ada di sini, untuk anda.’

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 3/2/2021

- Advertisement -