Muslimat Paya Besar lapangkan resah mangsa banjir

- Advertisement -

PAYA BESAR: Muslimat PAS Kawasan Paya Besar telah mengadakan ziarah dan menyampaikan sumbangan dalam menyantuni mangsa banjir di Kampung Melayu, Sungai Lembing, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Pimpinan Muslimat PAS Paya Besar terlibat adalah Ketua, Timbalan dan Naib Ketua, Ustazah Norzilah Hussain, Nursuryati Razali dan Norsiah Shuib serta Ketua Muslimat Cawangan Sungai Lembing, Wan Fizawati Wan Aziz bersama 15 anggota lain.

Mereka telah membawa sumbangan berupa kit muslimat antaranya kain sembahyang, kain batik, tuala, selimut serta wang tunai di mana diberikan mengikut keperluan mangsa banjir yang dikunjungi dari rumah ke rumah.

Kata Ustazah Norzilah, inisiatif ini diadakan bagi menunjukkan rasa simpati serta sokongan moral kepada masyarakat yang ditimpa musibah banjir dan menyampaikan sumbangan sekadar yang mampu dari kutipan derma dikumpul.

Turut diziarah ialah Farah Lydia Mohd Idris yang video beliau memegang anaknya menaiki bot ke sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tular di aplikasi _Whatsapp_ dan menarik simpati ramai baru-baru ini.

Bayinya yang berusia empat bulan mengalami sakit jantung berlubang, namun telah mendapat rawatan dengan menjalani pembedahan dan terkini bayi tersebut diberitahu hanya mempunyai satu buah pinggan.

Bagaimanapun bayi tersebut akan menjalani rawatan susulan dalam masa terdekat sebagaimana dicerita ibu kepada bayi tersebut ketika ditemuinya di kedai makan tempat mereka berniaga semasa dikunjungi rombongan.

“Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan, kesihatan, ketenangan, kebahagian kepada kita untuk melaksanakan dan menabur sedikit bakti untuk mengembirakan hati kepada sahabat-sahabt kita yang terlibat.

“Mudah-mudahan Allah memberkati kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Semoga anak-anak diberi kecemerlangan dan kejayaan. Menjadi masyarakat dan umat Islam yang berjaya didunia dan diakhirat.

“Terima kasih kepada masyarakat di sini yang menerima baik kehadiran kita bagi menjalinkan hubungan mahabah silaturahim bersama dengan kita.

“Dan kita dapat menyelami perasaan dan kesusahan yang di hadapi oleh mereka. Mudah mudahan Allah memberi keringanan dan memberi kelapangan kepada mereka,” ujar Ustazah Norzilah lagi. – HARAKAHDAILY 22/1/2021

- Advertisement -