Operasi secara fizikal PASTI ditangguh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menangguhkan pengoperasian PASTI (secara fizikal) di seluruh Malaysia berkuatkuasa mulai 20 Januari 2021 hingga 4 Februari ini.

Ketuanya, Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin berkata, keputusan besar dan berat saat-saat akhir dibuat berdasarkan beberapa faktor.

- Advertisement -

Antaranya kata beliau pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan hamapir di seluruh Malaysia.

Selain itu perkembangan kes positif Covid-19 yang semakin meningkat, penularan wabak Covid-19 makin berleluasa dan keutamaan memelihara nyawa berbanding keutamaan lain menurut maqasid syariah.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian bersama Jabatan PASTI Malaysia pada malam tadi membuat keputusan tersebut,” katanya di laman sosial PASTI Malaysia di sini.

Bagaimanapun katanya, operasi pembelajaran PASTI akan diteruskan melalui secara atas talian atau rakaman audio visual atau melalui pengedaran bahan pembelajaran bercetak selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP.

Menurutnya juga keputusan itu akan disemak dari semasa ke semasa berdasarkan situasi terkini wabak Covid-19 dan arahan Kerajaan Malaysia.

Kata beliau semoga keputusan yang besar tersebut dapat membantu usaha kerajaan Malaysia melandaikan lekuk jangkitan dan membendung penularan COVID-19.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia dan PASTI Malaysia turut mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada semua waris dan pihak-pihak yang berkaitan atas kepercayaan diberikan kepada kami,” ujarnya.

Manakala dalam perkembangan berkaitan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan termasuk SPM mulai belajar secara fizikal hari ini. – HARAKAHDAILY 20/1/2021

- Advertisement -