Pasar Bisik ditutup harap tidak berulang lagi

- Advertisement -

KEPALA BATAS: Pihak berkuasa akan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh semua pihak yang berurusan di Pasar Bisik, Penaga di sini mulai semalam hingga 8 Januari depan.

ADUN Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah berkata, para peniaga termasuk pengunjung yang datang membeli diharap mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka serta amalan kebersihan ditetapkan.

- Advertisement -

Menurut beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, penutupan pasar ini diharap tidak lagi berlaku kerana ia akan menyebabkan lebih banyak kesukaran antaranya harga ikan naik secara mendadak.

Sebelum ini iaitu pada 1 Jun tahun lalu, kegagalan mematuhi SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengakibatkan perintah penutupan selama seminggu ke atas kegiatan jual beli di Pasar Bisik.

Ustaz Yusni ditemui ketika mengadakan tinjauan bersama Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor dan Ketua Cawangan Khas Polis SPU, DSP Jalaludin Ahamad Zanudin, di sini semalam.

Turut sama adalah Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang, Dzulkifli Mat Ali serta ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq.

Selain menasihati para peniaga dan orang ramai yang berkunjung membeli keperluan hasil perikanan laut agar mematuhi SOP, edaran pelitup mulut dan hidung turut diadakan. – HARAKAHDAILY 1/1/2021

- Advertisement -