Bantuan BTS untuk pelajar yatim, miskin DUN Panching

- Advertisement -

PAYA BESAR: Pertubuhan Prihatin Rakyat Paya Besar dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Panching telah mengadakan program ‘Back To School’ (BTS) 2021 Siri 1 di Pasaraya Sakan, Batu 8, di sini semalam.

Program rutin tahunan ini merupakan satu inisiatif bertujuan memberi bantuan membeli kelengkapan persekolahan kepada anak-anak yatim serta keluarga susah terpilih yang merupakan penduduk setempat.

- Advertisement -

Program ini juga secara tidak langsung menjadi penghubung silaturahim dan kasih sayang serta penunaian tanggungjawab antara golongan berkemampuan yang menyumbang kepada golongan memerlukan.

ADUN Panching, Ustaz Mohd Tarmizi bersama isteri telah meluangkan masa menyantuni para pelajar yang membeli kelengkapan dibantu para Pegawai PKM, serta wakil setiap PAS Cawangan.

Program tahun ke lapan di mana setiap anak dalam keluarga terpilih ini diperuntukkan baucar bernilai RM100 dan mereka boleh membeli kelengkapan persekolahan seperti pakaian sekolah, kasut, alat tulis serta beg sekolah.

Ustaz Tarmizi menyeru orang ramai agar sama-sama membantu meringankan beban keluarga yang diuji kesusahan ini diantaranya menyediakan pakaian untuk anak-anak ini ke sekolah, sekurang-kurangnya menaja seorang pelajar dengan kos RM100 seorang.

In sya Allah akan ada lagi siri ke dua, ketiga, keempat dan mungkin sampai ke 10 atau 11 kerana biasanya tahun-tahun lepas, kita akan buat 900 ke 1000 penerima dengan anggaran kos RM100,00,” ujar beliau yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar dan Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang.

Bagi penderma budiman, boleh menghulurkan bantuan dengan memasukkan sumbangan ke akaun Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar Maybank 5562 2640 4572 atau boleh menghubungi talian 0129598889 atau 0162640448. – HARAKAHDAILY 1/1/2021

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!