Tiada sambutan rasmi tahun baru 2021

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri tidak akan mengadakan sambutan tahun baru 2021 secara rasmi seperti sebelum ini kecuali sekadar aktiviti tertentu sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, ia sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang pandemik Covid-19.

- Advertisement -

Katanya, sebarang program melibatkan kuantiti penyertaan yang besar dihadkan.

“Tahun ini kita buat sambutan baru secara tidak rasmi sebagai mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.

“Program tersebut kita menerima penyertaan 150 orang, tetapi kita hadkan kepada 60 penyertaan kerana akur dengan SOP,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelepasan Erat 4×4 New Year di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pagi tadi.

Pelepasan konvoi itu disempurnakan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob. Konvoi akan menuju ke Lata Y, Hulu Tembeling, Kuala Krai.

Program dua hari malam itu diadakan bagi memupuk masyarat dan penduduk terhadap pengamalan normal baru serta menyantuni orang miskin dan asnaf.


Wan Roslan juga berkata program TM Fly Over New Year Nite Ride 2021 malam ini melibatkan kayuhan sejauh 60 kilometer. – HARAKAHDAILY 31/12/2020

- Advertisement -