Pelajar asnaf DUN Penaga terima baucar BTS

- Advertisement -

KEPALA BATAS: ADUN Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah telah menyempurnakan penyampaian baucar ‘Back To School’ (BTS) pada satu majlis ringkas di Pasaraya Besar Mydin, Bertam, di sini.

- Advertisement -

Serahan bersama sumbangan barangan persekolahan ini diberikan kepada para pelajar dalam kalangan keluarga asnaf yang hadir bersama waris masing-masing, kelmarin.

Baucar bernilai RM100 yang diperuntukkan kepada 800 pelajar bertujuan meringankan beban ibu bapa, sekali gus sebagai menaikkan semangat menjelang sesi persekolahan 2021.

Program dengan kerjasama Pasaraya Mydin dan Pertubuhan Kebajikan Suri Prihatin Pulau Pinang serta Nisa’ Pulau Pinang ini dianjurkan Pusat Khidmat ADUN Penaga.

Ustaz Mohd Yusni dalam ucapannya melahirkan harapan agar pemberian itu menjadi motivasi dan pembakar semangat kepada para pelajar untuk menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh.

Seru beliau, mereka juga mesti bercita-cita mengubah taraf hidup keluarga ke arah lebih baik kerana kebahagiaan ibu bapa adalah melihat kejayaan anak-anak mereka.

“Tiada yang membahagiakan hati ibu bapa melainkan melihat anaknya menjadi insan yang berjaya di dunia akhirat dan mengeluarkan diri dari kejahilan dan kelalaian,” ujarnya.

Hadir sama Pengarah JPRD Penaga, Zaharen Abdul Kader dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Suri Ptihatin, Zakiah Mohamad serta Timbalan Pengarah Nisa’ Pulau Pinang, Nurdinie Irdina Zainal.

Juga Naib Ketua Muslimat PAS Pulau Pinang, Ustazah Siti Mastura Muhammad dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kepala Batas, Azlisham Said. – HARAKAHDAILY 29/12/2020

- Advertisement -