Dasar Pendidikan hadapi perkembangan teknologi

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) yang akan dilaksanakan di 10 sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) bermula tahun hadapan mempunyai agenda besar menghadapi perkembangan sains teknologi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, DPRK merupakan acuan baru daripada sistem pendidikan sedia ada.

- Advertisement -

Katanya, ledakan revolusi industri 4.0 menjadikan penggunaan gajet sebagai instrumen utama sehingga menyebabkan keruntuhan akhlak dalam kalangan belia semakin serius.

“Kita lancarkan dasar bukan bermaksud dasar pendidikan sebelum ini tidak rabbani, sebaliknya usaha kita untuk mendepani cabaran gajet hari ini yang menentukan segala-galanya.

“Dasar pendidikan ini kita buat dengan acuan semula supaya kaedah pembelajaran di sekolah mengikut peredaran zaman dengan perkembangan sains dan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian, Konvensyen Pentumah Kenegaraan yang dianjurkan oleh YIK di sini semalam.

Turut hadir Exco Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat; Timbalan Exco Pendidikan, Ustaz Azhar Salleh dan Pengarah YIK Engku Rajhan Engku Ismail. – HARAKAHDAILY 23/12/2020

- Advertisement -